Page 44 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 44
Berdasarkan Jadual 11, didapati nilai pekali korelasi, r bagi peranan pentadbir dengan
pelaksanan pembelajaran abad ke-21 adalah bersamaan dengan 0.788**. Ini menunjukkan
korelasi yang tinggi. Maka terdapat hubungan yang signifikan di antara peranan pentadbir
dengan pelaksanan pembelajaran abad ke-21. Oleh kerana keputusan ujian korelasi
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan di antara peranan pentadbir dengan pelaksanan
pembelajaran abad ke-21 di sekolah rendah di Sabah pada tahap yang tinggi.
Hubungan Antara Efikasi Kendiri Guru Dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad
ke-21
Jadual 12
Keputusan Kolerasi bagi Efikasi Kendiri Guru dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-
21
Efikasi Kendiri Guru Pelaksanaan
Peembelajaran Abad
ke-21
**
Pearson Correlation 1.000 .818
Efikasi Kendiri Sig. (2-tailed) .000
Guru
N 360 360
**
Pelaksanaan Pearson Correlation .818 1
Pembelajaran Sig. (2-tailed) .000
Abad ke-21 N 360 360
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
N = 360 P< 0.01
Berdasarkan Jadual 12, didapati nilai pekali korelasi, r bagi efikasi kendiri guru dengan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 adalah bersamaan dengan 0.818**. Ini menunjukkan
korelasi yang tinggi. Maka terdapat hubungan yang signifikan di antara efikasi kendiri guru
dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Oleh kerana keputusan ujian korelasi
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, maka dengan ini dapat dirumuskan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan di antara di antara efikasi kendiri guru dengan pelaksanaan
pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru di sekolah rendah di Sabah pada tahap yang
tinggi.
Hubungan Peranan Pentadbir Dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21
Keputusan kajian mendapati hipotesis nul kajian gagal untuk diterima. Hipotesis nul
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pentadbir dengan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21. Didapati nilai pekali korelasi, r bagi peranan pentadbir
dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 adalah bersamaan dengan 0.788**. Ini
menunjukkan korelasi yang tinggi. Memandangkan nilai p = 0.001 adalah lebih kecil daripada
0.05 maka hipotesis ini gagal untuk diterima. Ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan
di antara peranan pentadbir dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke- 21. Oleh kerana
keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, maka dengan ini
dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara peranan pentadbir
34

