Page 157 - mewarna pelangi
P. 157
Asri tergamak hati memungkiri janji setia. Dia telah berkahwin
dengan Rosnani yang sama-sama menuntut dengannya.
Pasrah!
Membungkus seluruh jiwa Zarah. Namun dia tetap redha.
Semuanya ini bukan kehendak dia mahupun Asri. Tapi adalah suratan
takdir. Penentu segala-galanya dalam alam percintaan.
Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai ujian.
Tak ubah umpama lautan. Di mana pasang surut silih berganti.
Pedih! Bak tikaman sembilu yang tajam .... Titis-titis jernih yang
berkilauan akan setia mengalir bila dia teringatkan peristiwa yang amat
pahit seperti hempedu itu.
Hingga kini dia masih lagi menjadi anak dara. Walaupun ramai
usahawan yang muda cuba menambat hatinya namun Zarah tetap
menolaknya. Entahlah! Hatinya telah tertutup untuk lelaki lain. Hanya
lelaki yang bernama Asri sahaja satu dalam hidupnya. Seperti mutiara
yang berkilauan di dasar lautan. Terlalu indah dan berharga buat
dirinya.
157

