Page 159 - mewarna pelangi
P. 159

Zarah terasa seperti menapak titian-titian kerikil.




                          Memeritkan!  Dia  tetap  cekal  dan  sabar  mengharunginya.  Itulah


                   hakikatnya  yang  sebenar  dalam  meniti  pentas  hidup  ini.  Bumi  tak

                   putus-putus berputar di atas paksinya. Siang dan malam silih berganti.


                   Tahun  demi  tahun  dan  bulan  demi  bulan.  Langit  yang  tanpa  bertiang

                   menjulang tinggi dan lautan yang luas terbentang.




                          Dunia  ini  hanya  persinggahan  sementara  sahaja.  Akhirat  jualah


                   sebenar-benarnya  tempat  yang  kekal  lagi  abadi.  Manusia  harus

                   menghambakan diri pada Tuhan. Sentiasa menyeru akan kebaikan dan


                   meninggalkan segala kejahatan.




                          Zarah lantas menarik nafas yang panjang.




                          Namun tak siapa yang tahu. Meskipun bibirnya tersenyum tetapi

                   hatinya menahan derita.




                          Namun dia tetap sedar.





                          Impian!      Tak    selalunya      indah.     Seperti     debu-debu       yang

                   berterbangan  ditiup  angin  lalu  pergi.  Harapannya  musnah  berderai.








                                                             159
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164