Page 162 - mewarna pelangi
P. 162

Dan  Zarah  mempunyai  pendirian  yang  tegas.  Hatinya  keras

                   umpama  batu  yang  pejal.  Sukar  untuk  dicairkan.  Dia  bukannya


                   manusia  yang  hidup  seperti  lalang  yang  mudah  meliuk-liuk  ke  tengah


                   dan  ke  tepi  bila  ditiup  angin.  Di  mana  segala  keputusannya  mudah

                   dipengaruhi oleh orang lain.




                          Sementara  itu,  Khalid  yang  telah  sekian  lama  memerhatikan


                   gelagat Zarah itu lalu mencelah:

                          “Kita  boleh  merahsiakan  perkahwinan  ini.”  Dia  terus  mendesak.


                   Suaranya  tenggelam  bersama  kelembutan  angin  malam  yang

                   berhembus.




                          Khalid tetap tenang menanti jawapan itu. Suara angin malam tak


                   putus-putus berbisik. Perlahan-lahan Zarah mengangkat muka sedikit.

                   Dia kemudiannya lantas bersuara:


                          “Maaf, aku tak dapat menunaikan permintaan kau itu. Ini adalah

                   keputusan aku yang muktamad. Khalid aku harap kau akan mengerti,”


                   ulangnya lagi.




                          “Zarah!” Khalid mengeluh kerana berputus asa.














                                                             162
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167