Page 160 - mewarna pelangi
P. 160
Umpama kaca yang terhempas ke batu. Kesabaran. Akar umbi dalam
percintaan.
Khalid! Seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidup Zarah
bersama cinta. Dia banyak membantu Zarah dalam bidang perniagaan.
Dari segi tunjuk ajar, nasihat malah kewangan.
Dengan tiba-tiba sahaja wajahnya terdampar di ruang mata.
Kacak dan tampan. Lebih daripada itu berada pula. Menjadi lelaki
idaman setiap wanita di zaman yang serba materialistik ini.
“Zarah, sampai hati kau mengecewakan perasaanku.” Suaranya
penuh harapan.
Dengan rasa lemah, Zarah mengangkat muka dan berkata:
“Maafkan aku, Khalid ....” Nada suaranya tak bermaya.
Wajah Khalid lantas disapa bungkam. Kerut jelas terbayang pada
wajahnya. Namun dia tetap mengeluarkan suara:
“Zarah ....”
160

