Page 161 - mewarna pelangi
P. 161

“Aku  tak  sanggup  hendak  melukakan  isteri  kau,”  Zarah  pantas

                   mencelah.





                          Khalid merenung wajah Zarah dengan amat tajam sekali.




                          Pengertiannya sungguh dalam. Bak lautan nan luas.




                          “Kau tahu bukan bahawa aku telah lama dibelit kerinduan untuk

                   menimang  seorang  cahayamata.”  Khalid  menagih  simpati  daripada


                   Zarah. Diam. Zarah menoleh ke kiri dan kanan. Alam sepi. Malam begitu

                   pekat.  Bulan  dan  bintang  tetap  bersinar  indah  di  langit  yang  tinggi.


                   Kedinginan  terasa  membalut  seluruh  tubuh.  Angin  malam  bertiup

                   lembut.




                          Fikiran  mereka  berputar  ligat.  Bagai  kipas  angin  yang  sedang


                   berpusing  mengeluarkan  hawa  dingin.  Enggan  berhenti.  Walau  sedetik

                   pun.




                          Zarah kini benar-benar terperangkap.





                          Antara harapan dan budi. Sama ada memenuhi kehendak Khalid

                   atau menolaknya sahaja. Hakikat penyudahnya dia harus memilih satu

                   jalan sahaja.





                                                             161
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166