Page 202 - mewarna pelangi
P. 202

“Zainal  setakat  ini  sahaja  hubungan  kita.”  Mata  Zainal  tidak

                   berkelip-kelip  memandang  wajah  Roziah  yang  sungguh  jelita.  Laksana


                   bulan yang jatuh ke riba.




                          Bunga-bunga  teratai  yang  tumbuh  di  tepi  kolam  meliuk-liuk  ke


                   kiri kanan bila ditiup angin.




                          Zainal menarik nafas yang panjang dan bersuara lemah:

                          “Aku tak salahkan kau, Roziah ....”




                          “Kau lebih pentingkan ikan dan laut daripada aku.”




                          “Kedua-duanya penting dalam hidup aku, Roziah!”




                          “Tapi soalnya kau menjadi seorang nelayan.”




                          “Aku  faham,  Roziah.  Kehidupan  sebagai  nelayan  lebih  mengenal


                   kesusahan       daripada      kemewahan.        Mungkin       aku     tidak     dapat

                   membahagiakan  kau.  Bukan  begitu?”  Zainal  pantas  mencelah.  Jemu


                   semakin membelit Roziah.














                                                             202
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207