Page 208 - mewarna pelangi
P. 208

“Lagipun ayah dah tua.”




                          “Ayah masih lagi bertenaga, Zainal.”




                          “Tapi ayah tak sihat. Selalu sahaja sakit-sakit,” ulang Zainal.




                          “Betul  kata  Zainal  tu,  bang,”  celah  ibunya  tiba-tiba  dari  arah


                   dapur. Sambil membawa dua cawan air kopi ‘o’ yang hitam pekat dan

                   sepinggan  ubi  rebus  yang  masih  panas  lagi.  Perlahan-lahan  dia


                   meletakkannya di atas meja. Tanpa berlengah lagi Zainal dan ayahnya

                   lantas  meneguk  minuman  yang  panas  itu.  Ubi  rebus  juga  segera


                   melepasi kerongkong Zainal.




                          “Syarikat  lebih  memerlukan  tenaga  kau,  Zainal.”  Ayahnya

                   meletakkan  cawan  ke  bawah  semula. Zainal  terus  menghabiskan  sisa-


                   sisa air kopi. Sayup-sayup kedengaran suara ombak membelah pantai.

                   Pohon-pohon  nyiur  ke  tengah  ke  tepi  dibelai  angin  timur.  Buah-buah


                   kelapa tua yang gugur bergelimpangan merata-rata di atas permukaan

                   pasir yang lembut.





                          “Di sini lebih penting, ayah.”










                                                             208
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213