Page 206 - mewarna pelangi
P. 206

Setiap kali cuti semesta dia pasti turun ke laut. Bagi menampung

                   perbelanjaan  di  pusat  pengajian.  Dia  mahu  meringankan  beban  yang


                   ditanggung oleh ayahnya.




                          Keluarganya  besar.  Lapan  mulut  perlu  disuapkan  oleh  ayahnya.


                   Ibunya  pula  mengambil  upah  menganyam  dan  menjual  tikar

                   mengkuang. Sebagai anak sulung dia mempunyai tanggungjawab yang


                   besar serta menjadi contoh kejayaan untuk membakar semangat adik-

                   beradik yang lain. Dan dia telah berjaya membuktikannya. Orang miskin


                   juga boleh masuk universiti.




                          Riak-riak  kolam  yang  tenang  seakan-akan  memberi  kekuatan

                   pada dirinya.




                          Nasib mereka harus dibela. Suara-suara yang meminta perhatian.


                   Nelayan-nelayan di Pulau Saga masih lagi kekurangan teknologi moden

                   dalam  penangkapan  ikan.  Dia  rela  mengorbankan  gaji  yang  tinggi.


                   Golongan intelektual adalah teras utama untuk membantu meringankan

                   penderitaan golongan bawahan.





                          “Kenapa kau berhenti kerja, Zainal?” soal ayahnya.










                                                             206
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211