Page 209 - mewarna pelangi
P. 209
Ibunya sekadar menjadi pemerhati sahaja enggan menyampuk
walau sepatah perkataan pun. Kemudian dia bingkas bangun dan
beralih tempat ke tengah anjung untuk meneruskan kerja-kerja
menganyam tikar mengkuang. Ayahnya pantas bangun dan mencapai
jala yang tersangkut di dinding. Untuk meneliti kalau-kalau ada jaring
yang koyak perlu dijahit. Nampaknya masih elok digunakan.
“Kau tidak menyesal?” soal ayahnya tak henti-henti. Sambil
sempat mencuri pandang pada tubuh Zainal yang tegap sasa. Berambut
lurus serta berkulit kuning langsat.
“Tidak!” dia menggeleng-gelengkan kepala.
Ayahnya mengatur langkah lima tapak ke arah anak tangga. Dia
berhenti seketika dan menoleh ke belakang dan berkata:
“Tunggu apa lagi marilah!” Macam seorang ketua yang memberi
arahan kepada anak-anak buahnya.
Zainal bingkas bangun dengan penuh bersemangat menjejaki
langkah ayahnya. Ibunya memerhatikan dengan penuh minat. Hatinya
merasa bangga. Anaknya seorang lulusan universiti tidak mengejar
material. Dia sanggup menjadi seorang nelayan. Berpanas dan melawan
209

