Page 205 - mewarna pelangi
P. 205
alam sekitar serta penyakit. Bosan. Dia ingin kembali semula ke tempat
asal. Penuh dengan kemasyhuran dan kenangan silam yang indah.
Sekumpulan burung nuri bebas berterbangan ke sana sini.
Kebebasan. Sering diimpikan oleh setiap manusia. Bukannya belenggu
penindasan. Yang menyekat pergerakan manusia seperti berada di
ruang yang sempit.
Anak-anak kecil berlari-lari keriangan di atas bahu jalan yang
kecil berturapkan batu marmar. Indahnya dunia mereka yang lebih
agresif dengan permainan.
Zainal tersenyum kecil di hati.
Bola mata Zainal asyik memerhatikan gelagat mereka. Seolah-olah
ada daya tarikan. Dia dibesarkan dengan laut, sampan dan pukat.
Ombak adalah teman sepermainan. Bersama teman-teman sebaya
mengutip kepah di persisiran pantai. Kemudian dijual untuk
menampung perbelanjaan sekolah. Atas kesedaran inilah dia belajar
bersungguh-sungguh hingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
universiti.
205

