Page 2 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 2

KATA salah seorang rakan penulis yang agak berkuasa, manusia bergelar editor sudah mula

               menganggap dirinya sebagai Tuhan. Memang mereka mengadili penulis sama ada penulis yang


               baik mahupun terbaik yang bukan kerabat mereka. Penulis inilah seperti hamba yang meminta.




               Mahkamah sastera pun tidak boleh mengatasi masalah-masalah seumpamanya di negara ini.

               Pucuk pimpinan yang dikatakan berkuasa juga tidak boleh menyingkirkan mereka. Kalau dia


               perempuan, dia cukup cantik dan harus dikurung di tempat khusus. Kalau dia lelaki, dia cukup

               kacak diletakkan pada tabir kerusi boneka. Desas-desus kekuatan editor seorang Tuhan dalam


               landskap jabatan itu memang ternyata utuh. Buktinya, manis mulutnya berkata di dada majalah

               agung itu. Maka, penulis seperti aku memang sukar untuk diberi ruang khas. Siapa penulis


               seperti aku? Penulis seperti aku tidak perlu diagungkan kerana aku penulis bangsa yang tidak

               dikenali. Akulah penulis yang sengaja dipinggirkan.

                “Sekalipun kita sudah 1Malaysia, itu bukan jaminan.” Itu kata penulis yang bernama Sampah.


               Aku tahu suatu ketika dulu dia memang banyak menulis dan tulisannya hampir setiap bulan die-

               melkan kepada seorang editor. Setahun sekali karyanya terbit tetapi kini, Sampah juga seperti


               aku. Kami tidak diberi ruang sama rata seperti penulis lain. Kami dijahanamkan oleh seseorang

               editor yang tidak mengerti hak sama rata warga penulis. Beberapa orang rakan penulis dari


               negeri sabahat juga menerima nasib serupa. Kami diadili tanpa mengira bahasa dan bangsa.

               Rumpun kami mahu dihapuskan. Inilah sebuah sistem dalam dunia sastera yang tidak ada siapa


               akan ambil tahu.

               Pernah aku mendiamkan diri di satu sudut yang indah. Aku cuba tidak mahu menulis. Melihat


               masyarakatku bertani. Belajar menoreh. Menarik rotan. Menjadi nelayan. Menjadi pemburu. Aku

               juga menikmati hidup dengan kerja ilmiah lain. Ketika itu aku merindui dunia penulisan kembali
   1   2   3   4   5   6   7