Page 7 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 7
Editor itu memang mengutamakan kelompok kerabatnya. Editor itu memang telah merancang
agar semua anugerah dikaut oleh kerabatnya sahaja. Anugerah yang berharga sesen pun mereka
kaut, apa lagi anugerah yang besar.
Aku dapat merasakan keraguan warga penulis yang terpinggir seperti aku. Mereka tidak berdoa
seperti dulu. Mereka sudah mula tidak mengharapkan apa-apa harapan daripada editor itu. Cuma,
mereka berharap editor jenis itu ditukar. Editor itu dijangka menjadi kudis kepada kemajuan
sastera kita. Jutaan terima kasih buat akhbar Berita Gempar kerana sentiasa memberi peluang
kepada karya kami yang diterbitkan. Aku melihat kebanyakan karya penulis terpinggir
diterbitkan di dada Berita Tergempar.
Namun, aku masih ingatkan editor seorang Tuhan agar beri peluang karya kami diterbitkan.
Karya dia pun sama tahapnya dengan karyaku. Aku menilai begitu kerana aku membaca semua
karya yang terbit di majalah itu tidaklah seagung mana pun. Karya aku dan rakan-rakan juga
setanding dengan karya mereka itu. Mungkin kerana masalah editor itu berpenyakit kronik
mungkin? Atau berpenyakit tidak suka? Atau memang menutup karya penulis dari pulau yang
jauh seperti kami? Itulah satu kemungkinan yang berlaku.
Namun, editor itu masih lagi tidak memandang penulis seperti aku. Tetap juga memilih
kerabatnya. Tetap meminta karya-karya daripada kelompok dia sahaja. Malah menutup langsung
pintu untuk karya aku diterbitkan.
“Dia Tuhan! Dia editor yang kerabatnya sembah,” itu kata Sampah kepadaku dan Kutu.

