Page 5 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 5
pertimbangan lagi dalam dunia sastera. Betul kata beberapa orang penulis bahawa editor sudah
macam Tuhan yang perlu disembah. Editor ada kalanya terlalu menutup ruang penulis lemah.
Penulis seperti aku, apa lagi kerana jauh di pulau yang lain. Malah atas perkara-perkara yang
lain. Memang langsung tidak boleh dipertimbangkan apabila aku menjadi penulis kelompok aku.
Aku damai dengan dunia yang lain. Aku berjuang dengan pekerjaan tetap, namun mengharapkan
ada editor lain menawarkan ruang untuk berkarya. Kerunsingan hilang apabila aku terlibat
dengan aktiviti itu dan aktiviti ini. Aku berlagak seperti penyanyi. Aku seperti seorang pemain
bola sepak. Aku juga berlagak seperti seorang pengarah filem. Dengan itu, aku berusaha
membesarkan peluang diri di bawah himpitan. Aku dapat juga makan empat bungkus nasi
dengan kerja yang aku lakukan seharian. Dapat juga aku membuka ruang kepada rakan yang
senasib denganku. Ketika itu aku terus beringat untuk tidak menjadi Tuhan seperti editor itu.
Aku tetap membaca majalah Dewan Kaya Raya. Karya-karya orang yang sama masih memenuhi
ruang majalah itu. Aku juga membaca karya-karya Utusan Berangkai. Terbukti karya-karya
rakan dan kerabatnya sahaja yang terbit. Aku langsung tidak melihat karya bangsaku di situ. Aku
tidak melihat karya-karya bangsa lain di situ, tetapi hanya karya-karya dari kelompok
kerabatnya. Editor jenis itu memang paling teruk. Seorang editor yang tiada pembaharuan, apa
lagi mahu memperkenalkan penulis baru. Penulis lama yang bukan kerabatnya, langsung tidak
diterima mereka. Patutlah hanya kerabatnya mengisi tempat kemenangan anugerah sastera tanah
air saban tahun.
“Dasar editor tidak guna!” rungut seorang penulis yang bernama pena, Kutu kepadaku.

