Page 3 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 3

sehingga aku mahu menulis lagi. Memerdekakan diri bukan bermakna aku ingin menjadi penulis

               yang kaya raya seperti penulis agung. Ingin juga aku menjadi seorang Tuhan seperti dia, tetapi


               aku tidak mampu. Aku rasakan diriku hanya mampu menjadi seorang pengikut Tuhan Yang

               Maha Kuasa yang terbaik di dunia ini.




               Apabila aku kembali menulis lagi, karya-karya kususul ke beberapa buah majalah dan media


               akhbar tanah air. Besar harapan agar karya itu terbit. Aku memang terlalu cemburu dengan karya

               penulis lain yang diterbitkan. Apa lagi karya itu agak teruk juga persembahannya. Kisahnya


               sama dengan kisah karya itu dan ini. Sama saja! Masakan aku tidak boleh menilai kerana aku

               juga seorang penulis yang memiliki sarjana. Karya aku lebih baik kerana aku menulis tentang


               kisah yang berlainan di negara ini. Cuma aku tidak diberi ruang oleh seorang editor yang

               memilih kerabatnya. Aku tahu editor itu dari Utusan Berangkai. Aku juga tahu editor itu dari

               Majalah Dewan Kaya Raya. Aku tahu editor itu hanya memilih orang-orang yang sama. Orang-


               orang itulah konco-konconya. Karya-karya mereka tiga empat kali terbit di dada majalah dan

               akhbar yang sama. Bagaimana ada ruang karya aku diterbitkan?




               “Kalau politik kian kotor, kerja editor pun seperti itu!” Itu sungutan seorang sahabat. Aku hanya


               terpinga-pinga kerana tidak mampu bersuara. Hilang daya kuasa untuk menulis. Ukuran

               bagaimana lagi yang harus aku lakukan jika keadaan terus begini. Akulah seorang penulis yang


               dibiarkan oleh editor seorang Tuhan.

               Aku masih menjejak kembali kata-kata seorang editor yang pernah menabur janji manis. Janji-


               janji manis itu lebur menjadi kata-kata keji dan marah. “Tolong nasihatkan rakan kau ini.” Itu

               peringatan dia melalui rakan penulis aku. Dalam masa yang sama aku susulkan e-mel kepadanya
   1   2   3   4   5   6   7   8