Page 6 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 6

“Awak sembah dia! Awak puji dia!” kataku kepada Kutu sambil ketawa, tetapi di dalam hati


               bukan lagi kepalang geramnya. Apa tidaknya, editor jenis itu menutup ruang demokrasi buat satu

               bangsa negara ini. Mereka itulah tidak seharusnya mengisi kerusi editor kerana tabiat mengampu


               antara mereka. Mereka itu berlagak sombong! Ada kalanya bersifat mereka kurang komunikasi

               peramah dengan penulis seperti kita. Mereka dilahirkan di bandar-bandar yang kurang ajar.


               Pelajaran yang mereka terima tidak cukup untuk mereka menjadi manusia yang peramah.




               Mereka membuat peraturan sendiri. Mereka inilah memegang tabiat talam dua muka. Mereka

               menyembah penulis besar dan kerabat mereka sendiri. Jadi, kita kena menyembah pula mereka


               agar karya kita diterima. Menurut Kutu, editor jantan lebih peramah, tetapi perlu dirayu.

               Sedangkan editor betina, bermulut manis tetapi hati mereka lain-lain. Bongkak dan sombong

               kalau dihubungi tentang bila karya kita hendak diterbitkan. Malah kita harus menjaga tutur


               percakapan kita.




               Sebelum Kutu memberitahu, aku sudah tahu kerana aku sudah mengharungi saat genting itu.

               Aku tahu editor betina itu tidak pernah respon e-mel yang aku susulkan. Agaknya, dia tetap


               mengutamakan kelompoknya. Susahkah beri respon yang dia telah terima e-mel dan karya kita?

               Susahkah dia menghubungi melalui telefon yang dia sudah terima karya berkenaan dan tidak


               dapat diterbitkan kerana tidak sesuai? Susahkan dia beritahu karya kita itu sampah? Memang

               itulah penyakit editor seorang Tuhan. Susahkah dia beritahu karya itu tidak matang seperti yang


               diinginkan?
   1   2   3   4   5   6   7   8   9