Page 4 - EDITOR SEORNG TUHAN
P. 4

dengan peringatan agar menepati janji. Atau sekurang-kurangnya beri ruang sepatah perkataan

               untuk karyaku diterbitkan. Alangkah bongkaknya dia, menaburkan kata-kata yang tidak


               sepatutnya. Inilah detik-detik tamatnya hubungan manis kami. Juga, telah lebur harapanku. Aku

               kembali mengingati doaku kepada Tuhan yang pada suatu ketika dulu aku mengharapkan dia


               sihat dan sembuh daripada penyakitnya. Syukur dia benar-benar sihat, tetapi itulah balasannya.

               Kini, dia menganggap aku penulis yang tidak patut diberi ruang kerana aku tidak patut maju


               seperti penulis pujaannya. Aku bukan bangsanya dan aku tidak patut dimajukan.

               Sesudah detik itu, aku paling benci kepadanya. Aku memang tidak berniat menghantar karya


               kepada majalahnya. Aku juga tidak mahu menghantar karya ke Utusan Berangkai kerana editor

               jenis muka bertalam dua akan memilih karya dari rakan-rakan mereka. Malah mahkamah sastera


               sudah kelompok mereka genggam. Semua penulis tahu yang mereka hanya memilih karya rakan

               mereka sahaja. Mereka ini diberi ruang dengan menutup ruangan penulis lain. Oleh kerana itulah

               sikap tidak sihat mereka sudah diketahui orang ramai. Biarlah orang ramai yang menjadi hakim


               kepada kelompok mereka ini.




               Isu buku etnik kebangsaan menjadi isu besar. Pemimpin sering memilih karya bangsa

               kerabatnya. Bicara mereka berlegar besar agar karya etnik diberi ruang. Agar semua masyarakat


               berdiri sama tinggi. Agar karya dari negeri bumi kami dan negeri di bawah angin juga diberi

               perhatian. Namun, karya-karya etnik juga tidak diberi ruang. Mereka inilah yang


               menenggelamkan karya kami. Mereka ini masih menerbitkan karya-karya kerabat mereka.




               “Shit!” Herdik Sampah di depan aku. Karyanya juga sudah tidak dilayan lagi walaupun hampir

               setiap bulan dia menghantarnya kepada editor berkenaan. Pada hari ini, sudah tidak ada
   1   2   3   4   5   6   7   8   9