Page 8 - BIBIK
P. 8
di rumah kediaman tetangga menyalak. Bibik melebarkan langkah. Yang penting jauh dari
tempat itu. Bibik tidak tahu ke mana arah tuju di malam pekat begini. Meski siang, dia tidak
pernah melalui jalan-jalan ini. Dunianya hanya di rumah agam itu.
Bibik tidak takut lagi kalau ada hantu kopek mengekori. Bibik tidak takut kalau dikeroyok
anjing. Bibik tidak bimbang kalau jatuh ke tangan penyangak. Bibik tidak takut kalau kena
tangkap polis. Bibik tidak takut apa-apa lagi. Asal bebas dari rumah agam itu. Kalau dicekup
pihak berkuasa, lalu dipenjara, Bibik sudah tidak takut lagi. Kalau dunianya habis setakat ini
juga Bibik reda.
Bibik berjalan pantas. Berlari-lari anak. Berjalan cepat-cepat. Kadang-kadang terasa juga ada
bayang-bayang hitam mengejar. Bibik berlari dan terus berlari sehingga Bibik rasa dunia ini
hitam, tiada lagi lampu tepi jalan.
Ketika tersedar siang itu, Bibik berada di sebuah bilik. Ada polis yang berkawal. Bibik dipapah
dan duduk di meja pertanyaan. Ketakutan itu bukan apa, bimbang kalau dikembalikan semula
kepada Tuan Tauke.
“Tolong, pak. Saya tidak mahu kembali,” Bibik merayu.
“Saya tidak ada dokumen. Semua Tuan Tauke simpan,” jelas Bibik ketika disoal-siasat pegawai
polis yang bertugas. Bibik menceritakan segala-galanya tanpa satu pun tertinggal.
Esoknya kisah Bibik tersebar luas. Pegawai kedutaan juga datang menjenguk Bibik. Bibik

