Page 7 - BIBIK
P. 7

Bibik tidak hairan lagi dengan daging ba. Dulu dengar sahaja sudah loya. Jijik. Rasa itu sudah

               tidak ada lagi pada diri Bibik. Resepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan


               malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging

               ba. Puan Nyonya tengking apabila Bibik keberatan. Mahu tak mahu, Bibik terpaksa.


               Bayangkanlah, bagaimana mahu menyentuhnya benda yang dirasa amat jijik dalam hidupnya

               selama ini.




               Selepas itu, Bibik ambil tanah di belakang rumah. Bibik mandi air tanah. Malah, hari-hari Bibik


               mandi air tanah. Bibik sembahyang. Mengadu kepada Allah dalam sembahyang. Bibik tidak tahu

               mengadu kepada siapa lagi di bumi asing ini.




               Tekad Bibik semakin kukuh. Sudah tidurkah Puan Nyonya? Senyap. Dia perlu cepat bertindak

               sebelum Tuan Tauke balik. Bila Tuan Tauke balik, pintu pagar akan dikunci. Tak mungkin Bibik


               panjat pagar yang dua kali lebih tinggi daripada ketinggian Bibik. Malah, bunyi kelengkang-

               kelengkung pintu pagar besi itu bergoyang mungkin akan mengejutkan isi rumah Tuan Tauke.




               Bibik cepat-cepat ke pintu rumah. Masih belum berkunci. Puan Nyonya yang balik lewat malam


               dengan terhuyung-hayang itu lupa mengunci pintu. Bibik membimbit karung plastik hitam.

               Mana tahu, tiba-tiba Puan Nyonya menyergah sebelum sempat menyeberang pintu pagar. Bibik


               akan kata, mahu buang sampah.




               Bibik meredah malam. Lampu tepi jalan menyuluh dataran jalan raya. Dia berselindung di

               belakang pokok tepi jalan ketika lampu kereta menyuluh. Mana tahu kereta Tuan Tauke. Anjing
   2   3   4   5   6   7   8   9   10