Page 5 - BIBIK
P. 5

Nyonya dengan batang penyapu.




               “Ini,” Tuan Nyonya menunjuk arah lantai mar-mar. Bau masam sudah menyedak hidung Bibik

               sebelum melihat lambakan cecair kekunigan itu. “Kasi bersih cepat, sebelum Tuan Tauke balik.”




               Puan Nyonya bangun. Terhuyung-hayang. Dia berpaut pada dinding. Bibik berkejar mahu


               menyambut Puan Nyonya. Walau benci, Puan Nyonya itu tetap majikannya. Hati

               kemanusiaannya tidak tega melihat Puan Nyonya jatuh terduduk atau jatuh tersungkur. Kalau


               Puan Nyonya luka parah, nanti tuduh Bibik mendera pula.

               Bibik menyembunyikan kebencian itu saat ini agar tidak terkesan rancangan yang telah separuh


               bulat. Dia masih dipagut serba salah untuk bertindak. Takut kalau gagal, lebih dahsyat

               penangannya. Hari itu, mujurlah pisau dihayun ke dahi. Kalau dikelar ke leher, alangkah ...!




               “Gua bukan mabuk. Gua boleh jalan sendiri. Cepat. Bersihkan. Jangan keluar rumah. Itu pagar,

               gua sudah kunci,” Puan Nyonya menepis tangan Bibik, lalu melangkah ke bilik Bibik.


               Sepatutnya Puan Nyonya naik ke biliknya di tingkat atas. Sesat bilik lagi, keluh Bibik.

               Bermakna, Bibik terpaksa tidur di luar lagi malam ini. Itu tidak mengapa, pastinya akan


               meninggalkan lambakan lendir kekuningan yang masam di tempat Bibik selalu membentangkan

               sejadah. Terpaksalah Bibik basuh air tanah tempat itu esok. Kalau tidak, bau seminggu tidak


               hilang. Basuh sembunyi-sembunyi. Kalau Puan Nyonya nampak, pasti kemarahannya akan

               membuak-buak.




               Bibik mengambil kain mop dan baldi. Bau masam yang meloyakan itu semakin pekat menusuk
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10