Page 4 - BIBIK
P. 4
“Bukan Puan Nyonya. Saya tidak mahu ganggu Puan Nyonya lagi tidur di Sofa,” kecut perut
Bibik. Seolah-olah Puan Nyonya yang berbadan gempal dengan rambut keriting diwarnakan
perang itu dapat membaca hati Bibik. Bertambah kecut Bibik. Puan Nyonya selalu buat apa yang
dia cakap. Kalau dia kata katuk, katuklah. Dia tidak teragak-agak mengayunkan apa-apa yang
dipegang ke tubuh Bibik. Kalau ke punggung, kenalah punggung. Kalau dihayun ke muka,
kenalah muka. Bibik meraba balutan luka di dahi. Pedihnya mengatasi sakit lebam-lebam di bibir
dan di badan. Puan Nyonya menggarit pisau sayur ke dahi Bibik. Darah menintis-nitis. Puan
Nyonya bertambah-tambah kemarahan. Sedikit pun tidak risau Bibik yang hampir pengsan.
Bibik sendiri menekup luka itu dengan kain buruk. Kemudian Bibik membasuh darah di bilik air.
Bibik membalut luka itu. Puan Nyonya tidak ambil peduli. Dia sudah membayar khidmat Bibik.
Sakit derita, malah kalau mati sekali pun, dia tidak ambil peduli.
“Siapa cakap gua tidur,” Puan Nyonya membuka mata lebar-lebar. Mata sepetnya itu
menonjolkan hitam merah biji matanya. Macam biji mata patung singa yang dibuat main anak
lelaki Puan Nyonya yang berumur lima tahun, menjelang sambutan Tahun Baru.
Budak terjal itu masih membuku di hati Bibik. Puan Nyonya tidak mahu mendengar penjelasan
Bibik langsung. Ketika mendengar bunyi sesuatu jatuh di bilik budak terjal itu, Bibik sedang
menyapu sampah. Tanpa menyampakkan penyapu, Bibik meluru ke bilik. Padan muka. Bibik
mengacu batang penyapu pada budak terjal yang tersungkur. Bibik tidak sangka perbuatannya itu
digambar CCTV. Puan Nyonya meluru lalu memukul Bibik. Konon Bibik mendera anak Puan

