Page 9 - BIBIK
P. 9
diberitahu, Puan Nyonya dan Tuan Tauke telah ditahan. Bibik melihatnya di kaca televisyen
yang ditunjukkan di tempat tahanan. Sayu dan kasihan juga Bibik melihat Puan Nyonya dan
Tuan Tauke digari, digiring ke kenderaan polis. Sayu Bibik tidak dapat menyiapkan yee sang
yang telah disiapkan bahan-bahannya termasuk isi ikan segar salamon dalam peti dingin. Tahun
lalu, Puan Nyonya yang tunjuk cara masak pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina. Tahun ini,
sepatutnya Bibik sudah boleh buat sendiri.
Bibik sempat mendengar suara Puan Nyonya ketika diwawancara, “Dia ada bukti, gua ada
saksi.”
Bibik meraba luka di dahi. Balutannya telah ditukar dengan kain bersih dan berubat. Bibik
terbayang Desa Mediun. Dua orang anak dan orang tuanya. Bibik ingin kembali. Di bumi asing
ini, bukan tempat menjanjikan kesenangan hidupnya.
Biodata
MD Ishak A Rahman dilahirkan di Muar, Johor, pada 6 Mac 1955, menerima pendidikan di
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 1975 dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) (1989). Mula berkarya pada 1978 dan genre yang diceburi ialah cerpen, puisi, rencana,

