Page 148 - CAHAYA SUCI
P. 148
“Abang doakan moga Im berjaya masuk universiti,” Khairil
bersuara.
“Terima kasih, bang!” dia membalas dengan mengangguk-
anggukkan kepala.
Aina menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan keluar
membeli-belah bersama dengan Sofia. Mereka kemudiannya singgah
minum di restoran yang terdapat di pusat membeli-belah.
“Sofia seganlah bila akak belikan barangan keperluan untuk
menyambut kelahiran bayi,” luah Sofia pada Aina.
“Tak apalah, Sofia. Kan ke kita dah mengaku macam adik-beradik.
Akak beli pun untuk anak buah akak yang bakal lahir tak lama lagi.
Yang penting Sofia selamat melahirkan anak,” dia menjawab.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit Aina. Panggilan
daripada ibunya.
“Kejap ya, Sofia. Biar akak jawab panggilan ni dulu,” katanya.
Sofia sebaliknya hanya mengangguk-angguk diam saja.
148

