Page 150 - CAHAYA SUCI
P. 150

“Sabarlah.  Aina  minta  tolong  sangat  dengan  mak.  Berilah  Aina

                   peluang untuk memikirkan lamaran Abang Ismail tu. Ini bukan perkara


                   kecil, mak. Aina tak mahu kisah luka yang telah terjadi dalam diri Aina


                   berulang kembali,” ulangnya.




                          “Mak  faham,  Aina.  Tapi  soalnya  sekarang  sampai  bila  mak  dan

                   Mak  Tijah  nak  menunggu  jawapan  daripada  kau.”  Ibunya  tak  henti-


                   henti mendesaknya.




                          “Aina  akan  berikan  keputusan.  Mak  tak  usahlah  bimbang.  Tapi

                   buat  sementara  waktu  ni  sekali  lagi  Aina  merayu.  Berilah  Aina  waktu


                   untuk memikirkan perkara ni,” ucapnya lagi.




                          “Yalah mak tunggu,” ibunya berkata pula sebaliknya.




                          “Terima  kasih,  mak.  Kerana  memahami  perasaan  Aina,”  dia

                   mencelah dengan pantas.




                          “Assalamualaikum!”  ibunya  mengakhiri  perbualan  di  telefon


                   dengan memberi salam.




                          “Waalaikumsalam, mak!” Aina menjawab.





                                                            150
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155