Page 153 - CAHAYA SUCI
P. 153
“Ada syaratnya!” tambahnya lagi.
“Syarat?” Simon berasa amat terkejut apabila mendengar kata-
kata Roy itu sambil mengangguk-anggukkan kepala dan melihat Roy
yang kelihatan sedang berdiri berhadapan dengannya.
“Ya!” angguk Roy pula sebaliknya dengan cepat.
“Apa syaratnya, Roy?” potong Simon dengan pantas kerana ingin
tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Roy itu.
“Rahim adalah makanan aku. Jadi aku sendiri yang akan
hapuskan dia. Jeffri adalah makanan kau. Jadi kau sendiri yang akan
hapuskan dia. Faham?” dia menerangkan pada Simon.
“Aku setuju sekali dengan rancangan kau tu, Roy!” sambut Simon.
Malam ini Roy dan kawan-kawannya merancang untuk merompak
kedai 7-Eleven di Jalan Bahagia.
153

