Page 322 - JALAN PULANG
P. 322

“Maksud kau pergolakan hidup manusia yang berlaku pada hari

                   ini?” pungguk memotong dengan pantas.





                          Memang  benar  kita  sebagai  manusia  tidak  pernah  mendengar

                   sang  rembulan  bercakap.  Manusia  dan  sang  rembulan  tidak  sama


                   sifatnya. Tuhan memberikan manusia suara untuk bercakap tetapi sang

                   rembulan  tidak.  Ramai  manusia  yang  hidup  di  dunia  tetapi  sang


                   rembulan  hanya  satu.  Yang  boleh  dilihat  di  langit  hitam  nan  tinggi  di

                   malam hari.




                          Namun manusia dan sang rembulan mempunyai satu persamaan


                   iaitu  diciptakan  oleh  Tuhan.  Cuma  yang  membezakan  lagi  sang

                   rembulan  berada  di  atas  dan  manusia  berada  di  bawah.  Kita  yang


                   bernama manusia memandang sang rembulan dari bawah. Begitu juga

                   dengan  sang  rembulan  meskipun  tidak  dikurniakan  mata  oleh  Tuhan


                   boleh  jadi  dapat  melihat  dan  berasa  sedih  dengan  apa  yang  tidak

                   sepatutnya kita lakukan pada hari ini.




                          “Mereka  berpecah-belah  dan  tidak  bersatu  sepertimana  yang


                   dituntut dalam agama,” jelas sang rembulan lagi.




                          “Jadi, itu yang menyebabkan kau menangis? Mengenangkan nasib

                   malang yang telah menimpa manusia pada hari ni?” pungguk menyoal





                                                             322
   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327