Page 341 - JALAN PULANG
P. 341
dikatakan oleh pegawainya itu. Sambil tidak dapat menyembunyikan
rasa marah dan hampa di wajahnya. Di atas kegagalan pasukan jet
pejuang angkatan udara Negara Naga Sakti. Menumpaskan angkatan
perang musuh Negara Debunga Wangi.
“Nampaknya sia-sia saja misi kita, laksamana. Mereka tidak dapat
dikalahkan!” Panglima Bentara Dali mengapi-apikan Dato’ Laksamana
Rentaka.
“Benar sekali apa yang dikatakan oleh Panglima Bentara Dali tu,
laksamana!” sokong Panglima Bentara Gagang.
“Sudah pasti ini akan mendatangkan kemarahan kepada ketua
negara kita. Panglima Bentara Betong mesti bertanggungjawab dalam
perkara ini!” tambahnya lagi.
Mendengarkan sahaja kata-kata pedas yang dikeluarkan oleh
Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang itu lantas
menjadikan Panglima Bentara Betong naik berang.
“Dato’! Jangan bercakap sedap mulut aje. Sebagai panglima yang
ditugaskan untuk menjalankan misi negara ini saya tahu apa akibatnya
bila gagal melaksanakannya. Tak perlu dato’ berdua nak menghukum
341

