Page 343 - JALAN PULANG
P. 343

Pemilihan  pengerusi  persatuan  mahasiswa  akan  diadakan  tidak

                   lama  lagi.  Bujang  dicalonkan  untuk  bertanding  memegang  jawatan


                   tersebut.  Ternyata  Bujang  mendapat  pencalonan  yang  tinggi  dari


                   kalangan mahasiswa. Menentang Daik penyandang jawatan selama tiga

                   penggal berturut-turut.




                          “Kau  sememangnya  layak,  Bujang.  Untuk  dicalonkan  bertanding


                   dalam pemilihan pengerusi persatuan mahasiswa,” ujar Teruna.




                          “Kan  ramai  lagi  yang  layak.  Yang  boleh  dicalonkan  untuk

                   bertanding  dengan  Daik.  Aku  ni  mana  ada  kewibawaan.  Untuk


                   mengetuai  persatuan  mahasiswa  di  universiti  ni,”  Bujang  sebaliknya

                   merendah diri.




                          “Kau  sebenarnya  berwibawa,  Bujang.  Tapi  kau  yang  tidak


                   menyedarinya. Sebab itulah mereka mencalonkan kau,” ujar Dara pula.




                          Apa yang dikatakan oleh Dara itu disokong penuh Teruna. Sambil

                   mengangguk-anggukkan kepala dia bersuara.





                          “Memang  benar  sekali  dengan  apa  yang  kau  cakapkan  tu,  Dara!

                   Keberanian  kau  Bujang  menyuarakan  pendangan  tentang  krisis  yang

                   berlaku  sekarang  antara  negara  kita  dengan  Negara  Naga  Sakti  yang





                                                             343
   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348