Page 345 - JALAN PULANG
P. 345

petandanya kau berpeluang cerah untuk memenangi jawatan ini,” Dara

                   menyampuk.





                          “Aku  dan  Dara  serta  kawan-kawan  lain  akan  berkempen  habis-

                   habisan.  Untuk  memastikan  jawatan  pengerusi  persatuan  mahasiswa


                   menjadi milik kau,” ikrar Teruna pada kawannya yang akan bertanding

                   itu.




                          Bujang  lalu  menarik  nafas  yang  panjang.  Setelah  mendengar


                   ulasan  yang  diberikan  oleh  kedua-dua  rakan  yang  sama  belajar

                   dengannya  di  universiti.  Berkenaan  pemilihannya  sebagai  calon.


                   Bertanding  untuk  memegang  jawatan  tersebut.  Dalam  persatuan  yang

                   tujuan  utama  ditubuhkan  adalah  untuk  menjaga  kebajikan  serta


                   menggerakkan  program  dan  aktiviti  yang  penuh  dengan  kemanfaatan

                   dan faedah kepada mahasiswa.




                          Perlahan-lahan  Bujang  memandang  wajah  kedua-dua  kawan


                   baiknya itu dan bersuara.




                          “Terima kasihlah kepada kau berdua. Juga kepada kawan-kawan


                   lain.  Kerana  telah  memberikan  kepercayaan  kepada  aku.  Untuk

                   menerajui persatuan mahasiswa di universiti tempat kita belajar. Insya-

                   Allah!  Sekiranya  aku  diberi  mandat  nanti  aku  akan  laksanakan  tugas





                                                             345
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350