Page 349 - JALAN PULANG
P. 349

mempunyai semangat juang yang tinggi. Panglima Bentara Betong sering

                   bertelagah dengan Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang


                   tentang strategi untuk mengalahkan angkatan perang musuh. Masing-


                   masing mahu menunjukkan kehandalan dan kehebatan sebagai seorang

                   pegawai tentera.




                          Sehingga  segala  pandangan  dan  cadangan  yang  dibentangkan


                   dalam  mesyuarat  untuk  membincangkan  strategi  bagi  menewaskan

                   musuh  yang  dipengerusikan  oleh  Dato’  Laksamana  Rentaka  dengan


                   sewenang-wenangnya  ditolak  oleh  ketiga-tiga  panglima  perang  Negara

                   Naga  Sakti  itu.  Mereka  tidak  lagi  menghormati  Dato’  Laksamana


                   Rentaka.  Sebagai  ketua  angkatan  perang  negara  mereka.  Dalam  misi

                   untuk  merampas  Pulau  Payung  yang  kaya  dengan  emas  daripada


                   tangan Negara Debunga Wangi. Disebabkan masing-masing sudah ada

                   agenda yang tersendiri.




                          Akibatnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera laut dan


                   udara menjadi berpecah-belah dan berpuak-puak. Ada yang menyokong

                   Panglima  Bentara  Betong.  Tidak  kurang  pula  yang  memberikan


                   sokongan kepada Panglima Bentara Dali dan Panglima Bentara Gagang.














                                                             349
   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354