Page 351 - JALAN PULANG
P. 351

hati     mahasiswa-mahasiswa.             Supaya       memilihnya        berkekalan

                   menyandang jawatan utama. Yang setelah sekian lama dipegangnya.





                          “Terlebih     dahulu      saya    mengucapkan         setinggi-tinggi     rasa

                   kesyukuran  ke  hadrat  Tuhan.  Dan  terima  kasih  di  atas  kesudian  dan


                   kepercayaan  rakan-rakan  sekalian  memilih  saya  sebagai  pengerusi

                   persatuan mahasiswa yang baru,” ucap Bujang di hadapan mahasiswa-


                   mahasiswa. Sebaik-baik sahaja diisytiharkan sebagai penyandang baru

                   jawatan pengerusi persatuan.




                          “Berdirinya  saya  di  sini  adalah  bersama  dengan  janji.  Untuk


                   memastikan persatuan mahasiswa di universiti ini bergerak dan hidup.

                   Sepertimana yang rakan-rakan sekalian harapkan!” dia berkata dengan


                   penuh  semangat.  Kemudian  lalu  disambut  dengan  tepukan  gemuruh

                   ribuan mahasiswa.




                          “Kita harus menumpukan perhatian terhadap nasib malang yang


                   menimpa  rakyat  di  negara  ini.  Akibat  daripada  peperangan  dengan

                   Negara  Debunga  Wangi.  Semata-mata  kerana  gilakan  dan  tamakkan


                   kekayaan  emas  di  Pulau  Payung.  Sedangkan  sejarah  telah  nyata


                   membuktikan.  Bahawa  pulau  itu  adalah  kepunyaan  Negara  Debunga

                   Wangi.  Mengapa  negara  kita  harus  membuang  masa?  Dengan  menjadi

                   penyamun  dan  perompak.  Mencuri  dan  merampas  hak  wilayah  dan





                                                             351
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356