Page 347 - JALAN PULANG
P. 347

“Kau mesti buat sesuatu, Daik. Untuk memastikan jawatan yang

                   kau pegang selama ini tidak jatuh dengan mudah ke tangan dia,” Lingka


                   sahabat akrabnya mencelah.




                          “Memang  betul  sekali  apa  yang  kau  katakana  tu,  Lingka!”  Daik


                   membalas dengan mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Aku  tengok  makin  ramai  pelajar-pelajar  di  universiti  ini  yang

                   menyokong  dia.  Tambah  pulak  dibantu  dengan  kempen  yang  hebat


                   dijalankan oleh Teruna dan Dara,” dia menambah lagi.




                          Lingka  pantas  memberikan  cadangan  dan  buah  fikiran  kepada

                   Daik. Bagaimana cara untuk mengalahkan Bujang. Dalam pertandingan


                   pemilihan  jawatan  pengerusi  persatuan  mahasiswa.  Di  mana  akan

                   diadakan tidak lama lagi.




                          “Kau  kan  anak  jutawan  yang  terkenal  di  negara  ini.  Jadi,  kau


                   kenalah minta bantuan daripada ayah kau.”




                          Daik  lalu  mengangkat  kepala  dengan  tinggi  memandang  muka


                   kawan karibnya itu dan menyoal.



                          “Maksud kau?”





                                                             347
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352