Page 348 - JALAN PULANG
P. 348
“Kau mesti dapatkan bantuan kewangan daripada bapa kau.
Untuk membeli mahasiswa-mahasiswa di universiti ini. Untuk terus
memilih kau mengetuai persatuan. Hanya itu sajalah jalan yang ada
buat kau. Bagi mengalahkan Bujang dalam pertandingan itu nanti,”
jelas Lintang.
Rasa kegembiraan dan kelegaan serta-merta nampak di muka
Daik. Sebaik-baik sahaja mendengar apa yang dimaksudkan oleh
Lintang itu.
“Bijak! Kau memang bijak!” dia memuji Lintang. Sambil menepuk-
nepuk bahu kawan akrabnya itu.
“Ya!” tambah Daik lagi dengan mengangguk-anggukkan kepala.
“Dengan wang kita boleh membeli segala-galanya termasuk
pengaruh!” sambungnya dengan rasa keyakinan jelas kelihatan di
wajahnya. Bahawa dengan menaburkan wang mahasiswa-mahasiswa di
universiti ini nanti akan terus memilih dia sebagai pengerusi persatuan.
Dalam pada itu angkatan tentera laut dan udara Negara Debunga
Wangi. Amat sukar untuk dikalahkan. Tambah pulak pegawai-pegawai
tentera laut dan udara Negara Naga Sakti tidak bersatu dan tidak
348

