Page 457 - JALAN PULANG
P. 457

“Pamor  yang  timbul  secara  kebetulan  disebabkan  oleh  proses

                   percampuran besi setelah dibentuk menjadi bilah. Manakala pamor yang


                   timbul  secara  kebetulan  pula  berlaku  melalui  dua  cara.  Cara  pertama


                   ialah  dengan  mencampurkan  logam  bilah  dengan  bahan  pamor  agar

                   dalam membentuk bilah sekali gus akan timbul pamor yang diinginkan


                   sementara  cara  kedua  ialah  dengan  membentuk  bilah  keris  tanpa

                   campuran besi yang lain. Kemudian barulah dititik logam sesuai dengan


                   pamor yang dikehendaki,” terang Encik Talib dengan panjang lebar.




                          “Nampaknya  pamor  juga  merupakan  bahagian  keris  yang

                   terpenting.”




                          “Bukan setakat itu saja, Amir. Menurut kepercayaan masyarakat


                   Melayu lagi, pamor mempunyai kuasa luar biasa yang sangat besar serta

                   dapat mempengaruhi kehidupan si pemiliknya. Pengaruh tersebut tidak


                   sama  di  antara  satu  dengan  yang  lain.  Terdapat  beratus-ratus  nama

                   pamor yang mempunyai magis atau daya keramat yang serba berlainan,”


                   tambahnya lagi.




                          Sesungguhnya keris mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam


                   kehidupan masyarakat Melayu. Hakikat ini jelas terserlah kerana ramai

                   lagi  yang  mempercayai  bahawa  keris  mempunyai  kuasa  luar  biasa

                   sehingga dapat mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat Melayu





                                                             457
   452   453   454   455   456   457   458   459   460   461   462