Page 455 - JALAN PULANG
P. 455

“Bagi mata keris berlok pula, ukurannya kadang-kadang sehingga

                   20 inci atau 50 cm panjang. Bilangan lok pada mata keris mesti ganjil.”





                          “Ganjil macam mana, Encik Talib?” tanyaku dengan penuh minat.




                          “Lazimnya mata keris yang berlok ada tujuh. Akan tetapi ada juga

                   yang  sebanyak  15  lok.  Mata  keris  dibuat  dari  beberapa  lapisan  besi


                   waja. Sepertimana yang telah kita ketahui, pada zaman dahulu seorang

                   tukang  keris  yang  mahir  dan  dihormati  iaitu  Empu  atau  Pandai  Besi


                   bekerja di Istana Raja,” terang Encik Talib dengan panjang lebar.




                          Sebelum kedatangan agama Islam ke Semenanjung Tanah Melayu,

                   kebanyakan  hulu  keris  mempunyai  bentuk  seperti  kepala  Dewa-dewa


                   Hindu.  Bentuk  yang  biasa  merupakan  kepala  burung  Garuda  yang

                   dikatkan  kenderaan  Dewa  Vishnu.  Di  kawasan-kawasan  pengaruh


                   agama Hindu seperti di Indonesia terutama di Pulau Bali, bentuk hulu

                   keris seperti kepala Dewa Hindu sehingga sekarang ini.




                          “Apabila agama Islam tersebar di Tanah Melayu, bentuk hulu yang


                   asal sudah diubah dan diberi nama Jawa Demam yang merujuk kepada


                   cerita Hang Tuah di Melaka atau Ayam Patah Tekak,” ujarku.










                                                             455
   450   451   452   453   454   455   456   457   458   459   460