Page 456 - JALAN PULANG
P. 456

“Tetapi walaupun demikian hulu keris Tajon atau kadang-kadang

                   yang dinamakan sebagai Keris Hulu Pekakak di mana ia dibuat di Negeri


                   Patani yang mempunyai bentuk seperti kepala Garuda dengan mata dan


                   paruh yang tajam,” balas Encik Talib pula.




                          “Bagaimana pula dengan pamor?”




                          “Pamor ialah corak atau tanda yang terdapat pada bilah keris. Apa

                   yang  menarik  tentang  pamor  pada  bilah  keris  ialah  ada  yang  timbul


                   kerana disengajakan dan ada pula yang timbul secara kebetulan.”




                          “Sungguh menarik sekali!” aku pantas mencelah dengan tiba-tiba

                   kerana tertarik dengan apa yang telah diperkatakan oleh Encik Talib itu.


                          “Tentu  awak  nak  tahu  sebabnya,  bukan?”  katanya  sambil

                   mendongakkan kepala tinggi sedikit dan tepat memandang wajahku.




                          “Itu  sudah  semestinya,  Encik  Talib.  Bagi  saya,  dalam  soal


                   menambah  ilmu  pengetahuan,  kita  seharusnya  tidak  segan  silu  untuk

                   bertanya apabila mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup ini.” Dia


                   sebaliknya  tersenyum  kecil  apabila  mendengar  kata-kata  yang  keluar


                   daripada mulutku itu.










                                                             456
   451   452   453   454   455   456   457   458   459   460   461