Page 45 - Buku Pengurusan Sekolah 2022
P. 45

2.5.8  Mengurus hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan borang
                                permohonan dan pemulangan.
                          2.5.9  Membantu  dalam  hal-hal  yang  berkaitan  dengan  penyenggaraan  bangunan,
                                keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sesi petang.

                  3.  TUGAS-TUGAS LAIN
                       3.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru  Besar dari semasa
                          ke semasa.
                       3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberi oleh Guru Besar dari
                          semasa ke semasa.


                  GURU KELAS

                  1.  PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
                     1.1  Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua Darjah,
                         Bendahari,  AJK  Kebersihan,  AJK  Keceriaan  memastikan  AJK  Kebersihan  mengagihkan
                         murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun
                         kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini
                         papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan
                         bunga untuk kelas.

                     1.2  Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
                         a)  Jadual Waktu
                         b)  Jadual Tugas
                         c)  Perabut  kelas  seperti  kerusi,  meja  murid  dan  meja  guru  dan  papan  hitam
                             diinventorikan.
                         d)  Moto kelas
                         e)  Alatan Pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
                     1.3  Menentukan  kawat  elektrik,  kipas  angin  dan  lampu  dalam  keadaan  baik  dan  selamat
                         digunakan.
                     1.4  Melaporkan perabut dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
                     1.5  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
                     1.6  Mengadakan  tabung  kelas  dengan  jumlahnya  terpulang  kepada  budi  bicara  murid.
                         Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
                         a)  Keceriaan kelas
                         b)  Kebajikan murid

                  2.  SISTEM KEHADIRAN  MURID DI DALAM APDM
                     2.1  Menyemak kehadiran murid di dalam Sistem Keharian murid dalam Aplikasi Pengkalan
                         Data  Murid  bagi  pengesahan  kedatangan  harian  selewat-lewatnya  sebelum  sesi
                         persekolahan harian  berakhir dan memastikan pengesahan dilakukan oleh guru kelas.
                     2.2  Menyemak semua butiran murid yang dikehendaki ada di dalam Aplikasi Pengkalan Data
                         Murid  bagi  daripada  semasa  ke  semasa  untuk  tujuan  pengesahan  data  dan  analisa
                         kehadiran murid setiap bulan.
                     2.3  Memastikan data terkini murid didalam kelas.
                     2.4  Memastikan  guru  kelas  melaksanakan  arahan  pengisian  kehadiran  murid  seperti  yang
                         diarahkan:
                         a)  Menghantar analisa kehadiran kelas pada setiap bulan
                         b)  Melindungi data maklumat peribadi murid yang diperolehi

                  3.  LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN DAN KAD 001
                     3.1  Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan.
                     3.2  Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
                         dalam kad kemajuan murid bagi setiap semester / penggal.
                     3.3  Menyampaikan kad kemajuan murid kepada ibubapa.



                                                                                                      | 39
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50