Page 104 - HIMPUNAN DOA
P. 104

Kelima dan keenam: Al-Jubn (نْب ُْ لا) (penakut) dan al-Bukhl (ل ْ خُبْلا) (kedekut).

              Kedua-dua  perkara  ini  menunjukkan  kerisauan  yang  ada  dalam  diri
           seseorang tentang nasib diri dan hartanya pada masa akan datang, lalu dia
           menjadi penakut dan kedekut. Penakut adalah bagi orang yang takut jiwanya
           terancam,  manakala  bakhil  khusus  bagi  orang  yang  takut  hartanya  habis.
           (Lihat Badai’ al-Fawa’id, 2/207)

           Ketujuh dan Kelapan: Ghalabat al-Dain (نْيَّدلا ةَبَلَغ) (Hutang yang membelit) dan
                                                   ِ
           Qahr al-Rijal ( ِ لاَجِّرلارْهَق) (penguasaan orang).

              Kedua-dua perkara ini adalah perkara yang sering berkait. Ini kerana apabila
           seseorang mempunyai hutang yang banyak, maka dia secara tidak langsung
           berada di bawah kekuasaan orang yang memberi hutang kepadanya.


              Imam al-Qurtubi berkata: “Para ulama’ berkata, maksud daripada tekanan
           hutang adalah, seseorang itu tidak memiliki apa-apa lagi untuk melunaskan
           hutangnya ketika orang yang memberi hutang menagihnya.”



           33. Doa ini merupakan doa yang diungkapkan oleh Talut dan golongan yang
           beriman ketika menentang bala tentera Jalut. Syeikh al-Maraghi dalam tafsirnya
           menyebut,  ketika  Talut  dan  golongan  beriman  yang  bersamanya  melihat
           musuhnya  dalam  jumlah  yang  besar,  mereka  pun  berlindung  kepada Allah
           SWT. Mereka lalu berdoa memohon supaya hati mereka dipenuhi kesabaran,
           ketabahan,  manakala  langkah  mereka  diteguhkan  untuk  berperang  serta
           ditanamkan perasaan penuh kepercayaan dan ketenangan.


              Hakikatnya  mereka  ini  memerhatikan  tertib  sifat  alam  semasa  berdoa,
           sesuai dengan cara untuk memperoleh kemenangan. Ini kerana, kesabaran
           menjadi faktor keteguhan dan keteguhan pula menjadi faktor kemenangan.
           (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/554)






    100
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109