Page 107 - HIMPUNAN DOA
P. 107

hakikat sesuatu dan bersikap lurus sewaktu menetapkan kebenaran. Mereka
           berdoa  kerana  sedar  akan  kelemahan  manusia,  yang  mempunyai  watak
           berubah-ubah, lupa dan lemah serta takut jatuh dalam kesalahan. Sedangkan
           kesalahan itu teman karib kebinasaan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/695)



           36. Ibn Kathir menyebut dalam mentafsirkan ayat ini: “Maksudnya kurniakanlah
           kepada kami rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya Engkau mengasihi kami.
           Dan tetapkanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. Dengan
           kata lain, jadikanlah kesudahan akhir kami di atas petunjuk yang lurus.” (Lihat
           Tafsir al-Quran al-’Azim, 5/230)

             Imam al-Tabari menjelaskan, lafaz “اًدَشَر” maksudnya adalah petunjuk dalam
           mengamalkan perbuatan yang Allah cintai. (Lihat Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil
           al-Quran, 17/605)


              Syeikh  Dr.  Wahbah  al-Zuhaili  menyebut  dalam  tafsirnya:  “Dan
           sempurnakanlah  petunjuk  yang  lurus  bagi  kami  dalam  urusan  kami.” Atau
           bermakna,  “Jadikanlah  ujian  kami  ini  sebagai  petunjuk  yang  lurus,  Engkau
           mencukupkan kemaslahatan kami dan menjadikan kami termasuk golongan
           orang-orang yang mendapat petunjuk dan bukan golongan orang-orang yang
           sesat,  juga  tergolong  orang  yang  mendapat  hidayah  bukan  golongan  yang
           dalam kebingungan.” Atau, “Jadikanlah segala urusan kami ini sebagai perkara
           yang benar.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 15/217)


              Dr. Syihabuddin Abu Zahw menukilkan kisah rakannya, Dr. Abd al-Sami’ Anis,
           Professor dalam ilmu hadith di Universiti al-Syariqah yang berkata: “Hajatku
           telah diperolehi kerana melazimi membaca doa ini bersama keluargaku pada
           hari Jumaat dengan banyak kali.”

              Dalam musafir kami ke bumi Turki pada awal
           tahun  2020,  antara  tempat  yang  kami  lawati
           adalah di pinggir bandar Istanbul untuk bertemu
           salah  seorang  pakar  hadith  pada  masa  kini,
           al-Syeikh  al-‘Allamah  Muhammad  ‘Awwamah.
           Kami  berbincang  banyak  perkara  terutamanya




                                                                                         103
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112