Page 109 - HIMPUNAN DOA
P. 109

Sayyid  Qutb  berkata:  Dari  celah-celah  ayat  ini,  kita  dapat  mendengar
           bisikan  hati  Musa AS  yang  ingin  berlindung  di  bawah  naungan Allah  yang
           aman tenteram, kuat dan teguh, serta teduh dan nyaman. Kita mendengar
           suara munajat yang dekat, suara bisikan yang menarik, suara permohonan
           yang halus dan perhubungan yang amat mendalam. (Lihat Fi Zilal al-Quran,
           5/419)


              Menariknya, selepas daripada doa tersebut, akhirnya Baginda dikurniakan
           makan minum dan isteri. Justeru, amat wajar bagi sesiapa yang inginkan isteri
           serta dimurahkan rezeki untuk membaca doa ini dengan penuh tawajjuh dan
           ikhlas kepada Allah.



           39. Doa ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. Beliau berkata bahawa jika
           Nabi  SAW  ingin  memberikan  ucapan  selamat  pada  seseorang  yang  telah
                                                                       َّ
           berkahwin, maka Baginda berdoa: ‘رْي َ خ ىِف اَم ُ كَنْيَب َعَمَج َ و ،َكْيَلَع َكَراَب َ و ،َكَل ُالله َكَراَب’ (“Semoga
                                             ٍ
           Allah memberkatimu ketika bahagia dan ketika susah, serta menghimpunkan
           kamu berdua dalam kebaikan.”)

              Al-Munawi berkata: Dalam sebahagian riwayat, lafaz ‘ريخ يف’, dibaca dengan
           ‘ريخ ىلع’. Al-Thibi berkata: Lafaz ‘pada’ yang pertama adalah syartiyyah dan
           yang  kedua  adalah  zorfiyyah.  Dikatakan  ‘الله  كراب’  adalah  jawab  syarat.  Al-
           Zamakhsyari berkata: Maknanya adalah bahawa seseorang itu menetapkan
           keberkatan dengan doa ini. (Lihat Faidh al-Qadir, 5/138)



           40.  Al-Tabari  berkata:  Ini  merupakan  permintaan  Nabi  Ibrahim  kepada
           Tuhannya agar Dia mengurniakan keturunan yang soleh kepadanya. Ibrahim
           berdoa:  “Hai  Tuhanku,  anugerahkanlah  kepadaku  seorang  anak  yang
           termasuk dari kalangan orang-orang yang soleh, yang mentaati-Mu dan tidak
           melakukan maksiat kepada-Mu, melakukan kebaikan di atas muka bumi dan
           tidak merosakkan.” (Lihat Jami’ al-Bayan, 21/869)







                                                                                         105
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114