Page 105 - HIMPUNAN DOA
P. 105

َ
           34. Al-Syaukani berkata: Disebut dalam al-Kassyaf: “Hakikat ‘يِنْعز ْ وأ’ adalah,
                                                                            ِ
           jadikanlah  aku  dapat  mengatur  kesyukuran  atas  nikmat-Mu  kepadaku,
           mempertahankan  dan  mengikatnya  agar  tidak  lagi  lepas  dariku,  sehingga
           menjadikan aku selalu bersyukur kepada-Mu.”


                                     َ
              Al-Wahidi berkata: ‘يِنْعز ْ وأ’ maksudnya iaitu ilhamkanlah aku agar mensyukuri
                                    ِ
           nikmat-Mu  yang  Engkau  anugerahkan  kepadaku.”  Al-Qurtubi  berkata:  Asal
           perkataan tersebut daripada ‘َع َ ز َ و’ (mencegah), jadi seakan-akan dia berkata:
           ‘Cegahlah aku daripada perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan-Mu.’
           (Lihat Fath al-Qadir, 8/286)


              Sayyid Qutb dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Doa Nabi Sulaiman AS
                                  ّ
           ini  dimulakan  dengan  “ِّبَر”  (“Wahai Tuhanku!).  Di  sini  beliau  menggunakan
           kata-kata seruan dari dekat dan secara langsung. Kemudian beliau memohon
                         َ
           dengan  “يِنْعز ْ وأ”  (Ilhamkanlah  aku)  atau  tumpahkan  diriku  yakni  kumpulkan
                        ِ
           seluruh  diriku  dan  anggotaku,  perasaanku,  lidahku,  hatiku,  fikiranku,
           perkataanku,  susunan  perkataanku,  amalanku  dan  tujuanku.  Begitu  juga
           seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan “agar tetap bersyukur
           dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-
           dua ibubapaku.”

              Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah mengharukan hati
           Nabi  Sulaiman  AS  pada  saat  itu  dan  menggambarkan  bentuk  perasaan
           keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang bergelora ketika beliau
           menyedari nikmat Allah dan limpah kurniaan kepadanya dan kepada kedua
           ibubapanya.  Beliau  mengalami  nikmat  dan  rahmat Allah  itu  dengan  penuh
           perasaan lalu memohon seperti doa di atas. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran,
           12/155)



           35. Ibn Kathir berkata: Pengertian doa ini adalah: Ya Tuhan kami, janganlah
           engkau palingkan hati kami daripada petunjuk setelah Engkau berikan kami
           petunjuk  dan  Engkau  tetapkan  kami  di  atas  jalan  petunjuk.  Dan  janganlah
           jadikan kami seperti orang-orang yang hatinya sesat di mana mereka sengaja




                                                                                          101
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110