Page 110 - HIMPUNAN DOA
P. 110

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili berkata: Di tengah hijrah dan perjalanan Nabi
           Ibrahim AS, Baginda memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan
           seorang  anak,  ‘ َ نيِحِلاَّصلا   َ نِم  يِل   ْ بَه  ِّبَر’,  yakni  hai  Tuhanku,  kurniakanlah  aku
           seorang anak soleh yang membantuku dalam melaksanakan ketaatan kepada-
           Mu dan menghilangkan kesepianku di tempat yang asing. (Lihat al-Tafsir al-
           Munir, 12/105)


           Justeru, amat wajar bagi kita mengamalkannya terutama golongan yang belum
           dikurniakan cahaya mata. Yang lebih penting daripada itu, bukan semata-mata
           dikurniakan anak, tetapi bersifat soleh yang menjadi penyejuk dan penawar
           mata hati dunia dan akhirat.



           41. Imam al-Nawawi dalam al-Azkar (hlm. 349) dan Imam Ibn al-Qayyim dalam
           Tuhfat al-Maudud (hlm. 35) menisbahkan doa ini kepada Hasan al-Basri. Ia
           asalnya  diriwayatkan  oleh  Ibn  al-Ja’d  dalam  Musnadnya,  Ibn Abi  al-Dunya,
           Abu Bakar Ibn al-Munzir dalam al-Awsat dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil.

              Dalam  al-Futuhat al-Rabbaniyyah ‘ala al-Azkar al-Nawawiyyah,  Ibn
           ‘Allan al-Syafi’i menjelaskan maksud Imam al-Nawawi ini. Beliau berkata:

              Imam al-Nawawi tidak menyebut dari manakah riwayat tersebut dikeluarkan.
           Ulama’ lain menyebut bahawa yang mengatakan seperti itu adalah al-Hasan.
           Imam  al-Suyuti  dalam  Wusul al-Amani bi Usul al-Tahani  mengatakan
           bahawa riwayat tersebut dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir daripada Kulthum Ibn
           Jausyan, katanya: “Seseorang pernah datang menemui al-Hasan dan orang
           tersebut baru sahaja dikurniakan seorang anak. Lalu dia berkata kepada al-
           Hasan: “Wahai Abu Sa’id, apa yang akan engkau ucapkan?” Lalu al-Hasan
           pun berkata: ‘هَّدُشأ غلبو ،هَّرب تققزرو ،بهاولا  َ ترَكَش َ و ،بوهوملا يف كل كروب’ (Semoga
                                                                          ِ
           anak  yang  diberikan  kepadamu  diberkati.  Semoga  engkau  juga  bersyukur
           kepada Yang Memberi. Dan semoga engkau dikurniakan kebaikannya dan dia
           dapat mencapai dewasa).







    106
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115