Page 28 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 28
CADANGAN :
01 Meneruskan aktiviti seperti Jogathon (kutipan dana) pada setiap tahun.
(Muhammad Shahril bin Rosli)
Jawapan:
Program sedemikian hanya boleh dibuat 2 tahun sekali. Aktiviti lain yang bersesuaian boleh
difikirkan bagi tujuan berkenaan.
02 PIBG menyediakan dana untuk menyediakaan sabun pencuci tangan untuk setiap bilik air,
tandas dan sinki bagi mencegah penyakit berjangkit.
(Azrol Syazli bin Aziz)
Jawapan:
Bergantung kepada kewangan dan persetujuan mesyuarat PIBG.
KURIKULUM DAN AKADEMIK
BIL USUL /CADANGAN
01 Mencadangkan jika ada sebarang benda/barang untuk pembelajaran khususnya pendidikan
seni diberitahu awal seminggu supaya dapat memberi ruang kepada ibu bapa untuk
menyediakannya.
(Abdul Razak bin Zakariah)
Jawapan:
Akan diambil maklum oleh pihak sekolah. Ibubapa juga boleh bertanya/ menerima maklumat
dari guru melalui media sosial mengikut kelas masing-masing.
02 Loker/rak buku berkunci untuk murid-murid simpan buku di sekolah. Mengurangkan beban
berat beg.
(Mazlin binti Abu Jamil)
Menyediakan tempat simpanan buku teks terutama kepada murid tahun 1.
(Che Mohd Sabri bin Che Kadir)
Penggunaan peti box untuk menyimpan buku murid-murid bagi meringan bebanan beg yang
mereka bawa.
(Azlan bin Mat Salleh@Adnan)
Jawapan:
Sekolah kekurangan kawasan untuk meletakkan rak terutama saiz kelas yang agak kecil. Ada
juga guru mengambil inisiatif dengan menyimpan buku latihan murid sendiri.
03 Mewujudkan koperasi bagi mengambil alih pengurusan kedai buku sekolah.
(Mohd. Hairri bin Hussin)
Jawapan:
Koperasi hanya dibenarkan untuk ditubuh di sekolah menengah sahaja.
27

