Page 32 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 32

22    Pengendali lalu lintas sewaktu masuk dan keluar sekolah.
                   (Mazlin binti Abu Jamil)

                   Jawapan:
                   Bergantung kepada kewangan PIBG kerana ia melibatkan kos yang tinggi bagi perbelanjaan sepanjang
                   tahun.

             23    Pengawal lalu lintas perlu untuk menjaga lalulintas sewaktu pergi dan balik sekolah. Keadaan trafik
                   sesak dan kenderaan tidak berhenti.
                    (Md Shahrol Yoga)

                   Jawapan:
                   Bergantung kepada kedudukan kewangan PIBG kerana ianya melibatkan kos yang tinggi disamping
                   ibubapa/penjaga perlu memperbetulkan sikap yang mementingkan diri sendiri.

             24    Membenarkan murid menggunakan pintu pagar utama terutamanya semasa waktu pulang untuk
                   mengelakkan kesesakan pada pintu kecil yang digunakan sekarang ini.
                   (Norakmar binti Md Nadzir)


                   Jawapan:
                   Pintu pagar utama hanya digunakan untuk kenderaan guru, staff dan ibu bapa penjaga murid PPKI
                   sahaja. Jika murid dibenarkan menggunakannya dikhuatiri akan mneyebabkan kemalangan. Laluan
                   khas yang baru sedang dalam pembinaan.

             25    Peningkatan kes buli serta usaha-usaha yang boleh dibuat bagi mengurangkan atau membenteras isu
                   ini di masa hadapan.
                   (Che Mohd Sabri bin Che Kadir)

                   Jawapan:
                   Tindakan dalaman telah diambil. Beberapa orang ibubapa/penjaga yang terlibat telah dipanggil ke
                   sekolah bagi dimaklumkan kesalahan yang telah anak mereka lakukan agar mereka dapat memberi
                   nasihat supaya ianya tidak berulang lagi.

             26    Sikap tegas dan selalu memerhati sikap dan kelakuan murid semasa berada di kelas.
                   (Wan Nurul Hassinah)

                   Jawapan:
                   Guru sentiasa prihatin tentang kelakuan dan disiplin murid semasa didalam kelas dan sewaktu
                   pembelajaran berlangsung. Rekod Kawalan Murid disediakan disetiap kelas bagi merekodkan segala
                   perkara yang berlaku semasa dalam kelas.

             27    Masalah buli murid-murid tahun 1 wajar diberi perhatian serius. Pengawasan dan tindakan lanjut
                   harus dilakukan kepada pelaku. Langkah-langkah pencegahan haru dilaksanakan secepat mungkin.
                   (Farah Najmin binti Kamarul Bahrin)

                   Jawapan:
                   Tindakan dalaman kepada murid yang melanggar disiplin serta memaklum/memanggil
                   ibubapa/penjaga murid telah dijalankan. Makluman berterusan secara khusus kepada murid mengikut
                   tahun dan kelompok yang kecil telah diadakan bagi mengelakkan masalah ini berterusan.

             28    Ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin untuk menangani masalah kes buli yang kerap berlaku
                   terhadap murid Tahun 1. AJK hendaklah diwakili oleh ibu bapa, guru dan polis.
                   (Norakmar binti Md Nadzri)



                                                             31
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37