Page 30 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 30

Jawapan:
                   Kelas tambahan bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) disediakan pada hari sabtu bagi murid yang
                   berminat. Untuk kelas-kelas yang lain ibubapa boleh mengesyorkan kepada pihak sekolah
                   mengikut kesesuaian.




             HAL EHWAL MURID

             BIL                                     USUL /CADANGAN
             10    Kebersihan makanan di kantin.
                   (Mohd Noor bin Mohd Shah)

                   Jawapan:
                   Kebersihan makanan dikantin sentiasa dipantau oleh PK Hal Ehwal Murid dan AJK Kantin dan
                   teguran serta tindakan diambil dari semasa ke semasa.


             11    Penjualan makanan di kantin sekolah untuk anak-anak amatlah digalakkan menjual makanan yang
                   berkhasiat.
                    (Norfaizah binti Abd Razak)

                   Jawapan:
                   Makanan yang dijual dikantin adalah nasi lemak, nasi ayam, nasi paprik, mee goreng, kuew teow
                   goreng adalah makanan yang berkhasiat. Makanan proses yang tidak berkhasiat serta tidak dibenarkan
                   oleh KPM seperti nugget dan fun fries tidak dibenarkan dijual.


             12    Meja dan kerusi di kantin yang tidak mencukupi.
                   (Mohd Shahril bin Mohd Khairi)

                   Jawapan:
                   PIBG telah menyumbang pembelian kerusi meja kantin pada awal tahun dan bilangan yang tidak
                   mencukupi hanya sedikit sahaja lagi.
                   Sedang diambil tindakan bersama PIBG dengan menyediakan tempat rehat berhampiran kantin yang
                   baharu sahaja siap.

             13    Penyediaan filter air di sekolah dan hentikan perkhidmatan vending mesin.
                   (Mohd. Hariry bin Ramli)

                   Jawapan:
                   Air bertapis sebanyak 2 unit telah disediakan dengan perbelanjaan dari PIBG.
                   Mesin air menyediakan air bukan berkarbonat. Ia juga sebagai pilihan kepada murid sewaktu kantin
                   ditutup dan semasa aktiviti tambahan dijalankan terutama hari sabtu.


             14    Perbaiki dan tambahbaik tandas murid. Pastikan kebersihan tandas dipantau secara berkala.
                   (Norhafizah binti Giman)

                   Jawapan:
                   Kerja baikpulih tandas sentiasa dijalankan tetapi sering sahaja dirosakkan oleh murid. Kebersihan juga
                   sentiasa dipantau tetapi pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan pekerja pembersihan.




                                                             29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35