Page 29 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 29

04    Meningkatkan jumlah buku aktiviti di kedai buku supaya ibu bapa tidak berulang alik setiap
                   kali hujung tahun untuk membeli buku di awal persekolahan.
                   (Azlan bin Mat Salleh@Adnan)

                   Jawapan:
                   Akan dimaklumkan kepada pengusaha kedai buku umtuk ditambahbaik dimasa hadapan.

             05    Kemaskini perkembangan murid kepada ibu bapa/penjaga bagi memastikan prestasi pelajar
                   meningkat dari semasa ke semasa.
                   (Wan Nurul Hassinah)

                   Jawapan:
                   Rekod murid terutama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terutama Tahap 1 sentiasa
                   dikemaskini. Ibubapa/penjaga boleh berhubung terus dengan guru yang berkaitan. Tahap 2
                   ada 3 kali ujian/peperiksaan yang membolehkan  melihat prestasi murid-murid.

             06    Mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi memaklumkan tentang prestasi anak-
                   anak. (Wan Nurul Hassinah)

                   Jawapan:
                   Perjumpaan khas diadakan pada pertengahan tahun, walaubagaimanapun ibubapa/penjaga
                   boleh berhubung terus dengan guru kelas/guru matapelajaran bagi mengetahui prestasi anak
                   masing-masing melalui media sosial atau bersemuka.

             07    Mencadangkan agar diadakan satu slot solat Zohor berjemaah bagi pelajar muslim sesi
                   petang. Dicadangkan seorang guru lelaki dan seorang guru wanita bergilir bertugas untuk
                   solat berjemaah tersebut. Guru lelaki yang bertugas menjadi imam.
                    (Habibulah bin Ramli)

                   Jawapan:
                   Pada setiap tahun memang disediakan jadual untuk solat ini mengikut kesesuaian masa murid
                   dan guru. Kekangan guru agama terutama guru agama lelaki sesi petang sedikit menghalang
                   perancangan ini. Sehingga sekarang, bagi tahun ini murid akan solat semasa waktu rehat
                   dengan kawalan disiplin dari Pengawas. Murid akan dibawa solat berjemaah jika waktu
                   pembelajaran Agama Islam pada masa berkenaan adalah 3 waktu dan guru yang mengajar
                   adalah berpasangan.

             08    Anak murid tidak diasingkan kelas dari segi akademik, ini kerana ada perbezaan jauh dari
                   segi tingkah laku serta daya saing mereka.
                   (Wan Nurul Hassinah)

                   Jawapan:
                   Pengasingan kelas tidak dibenarkan oleh KPM. Semasa pembelajaran dijalankan aktiviti yang
                   sesuai dengan pencapaian murid akan dijalankan. Bagi murid yang lemah kelas pemulihan
                   khas juga disediakan.

             09    Teachers can give tuition at the school premise and we as parents would support. Classes to
                   build kids self confidence in school.
                   (Jeevajhothy Subramaniam)



                                                             28
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34