Page 31 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 31
15 Gotong royong membersihkan tandas mengikut giliran murid setiap tahun.
(Mohd Farid bin Mat Johar)
Jawapan:
Suatu pilihan yang cukup baik jika mendapat kerjasama dan persetujuan dari semua ibubapa/penjaga.
16 Baik pulih tandas.
(Nosidah binti Abu Nasir)
Jawapan:
Baik pulih tandas sentiasa dibuat dari masa ke semasa. Kerosakan akibat penggunaan yang tidak
berdisiplin menyebabkan kerosakan sering berlaku. Sejumlah peruntukkan dari PIBG telah disediakan
untuk kerja-kerja penambahbaikan.
17 Baik pulih tandas PPKI yang tersumbat (tandas perempuan) menyukarkan murid-murid PPKI untuk
menggunakan tandas.
( Nosidah binti Abu Nasir)
Jawapan:
Telah diambil tindakan oleh pihak sekolah.
18 Penyediaan hand sanitizer di sekolah.
(Mohd Hariry bin Ramli)
Jawapan:
Semasa penularan penyakit seperti Influeza A dan HMFD semua murid akan disediakan hand sanitizer
oleh guru yang bertugas semasa perhimpunan dengan perbelanjaan PIBG dengan jangka waktu yang
tertentu sahaja.
Adalah lebih sesuai ibubapa/penjaga sentiasa membekalkan hand sanitizer ini secara individu kepada
anak masing-masing bagi tujuan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
19 Mewujudkan tabung sumbangan bagi menyalurkan bantuan kepada murid miskin melalui program
Ziarah Cakna.
(Mohd. Hairri bin Hussin)
Jawapan:
Tabung bagi tujuan ini telah disedikan oleh pihak sekolah sejak 2 tahun lepas lagi. Banyak sumbangan
yang telah disampaikan kepada golongan sasar samada terus kepda murid atau melalui Program
Ziarah Cakna . Pada tahun ini Tabung Infaq melalui Amalan Terbaik 5S dengan tajuk Sebutir Benih
Disyurga telah dilancarkan pada 7 Feb yang lepas bagi tujuan pendidikan kepada murid.
20 Penyelenggaraan alat pemadam api diletakkan di bawah tanggungjawab PIBG setahun sekali
(Mohd. Hairri bin Hussin)
Jawapan:
Bergantung kepada kewangan dan persetujuan PIBG.
21 Laluan berbumbung sehingga sebelum pintu masuk utama sekolah. Semasa hujan murid-murid tidak
basah terutamanya yang menaiki van sekolah.
(Che Fauziah binti Kasim)
Jawapan:
Laluan berbumbung di laluan murid memang telah tersedia di laluan dari kawasan dalam sekolah
hingga keluar pagar. Laluan berbumbung yang baru berhampiran padang sedang dalam proses
pembinaan.
30

