Page 33 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 33

Jawapan:
                   Jawatankuasa disiplin peringkat sekolah sentiasa prihatin dengan isu yang berkenaan dan sentiasa
                   mengambil tindakan apabila sesuatu ianya berlaku. Pihak sekolah sentiasa berhubung rapat dengan
                   Pegawai Polis iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah bagi mendapatkan nasihat dan pandangan
                   berkaitan perkara berkenaan.

             29    Sesi waktu rehat dibahagikan mengikut tahun untuk mengelakkan kesesakan sewaktu beratur dan
                   makan di kantin. Contoh sekarang tahun 1 dan tahun 3 rehat pada sesi yang sama.
                   (Mohd Farid bin Mat Johar)

                   Jawapan:
                   Rehat sehingga 3 sesi akan menyebabkan ada murid yang rehat terlalu awal dan ada yang rehat terlalu
                   lewat sehingga memberikan kesan iaitu kelaparan kepada mereka sehingga boleh menjejaskan
                   tumpuan pembelajaran mereka. Guru yang bertugas dan pengawas sekolah akan mengawal keadaan
                   dan disiplin murid semasa dikantin.

             30    Kad token bulanan bagi perbelanjaan murid-murid di kantin. Kredit ditolak bagi pembelian yang
                   dilakukan. Ini bagi mengelakkan masalah hilang duit/murid-murid yang tidak mengambil baki
                   bayaran, ibu bapa boleh membuat pilihan bayaran duit/debit.
                   (Farah Najmin binti Kamarul Bahrin)

                   Jawapan:
                   Ada sekolah yang telah mula melaksanakan sistem ini tetapi ianya belum begitu meluas serta masih
                   memerlukan banyak penambahbaikan.

             31    Membenarkan wanita mengandung/warga emas/OKU memarkir di perkarangan sekolah untuk
                   menghantar dan mengambil anak.
                   (Mohd Shahril bin Mohd Khairi)

                   Jawapan:
                   Keadaan dalam sekolah pun telah sesak dengan bilangan kenderaan guru dan staff. Penambahan
                   kenderaan akan mewujudkan suasana yang terdedah kepada kemalangan khasnya kepada murid.
                   Hanya ibubapa/penjaga anak-anak Pendidikan Khas sahaja yang dibenarkan masuk.

             32    Mengemaskini kehadiran murid dalam kelas setiap hari untuk memastikan anak-anak berada di dalam
                   kelas dan untuk mengelakkan gejala ponteng sekolah.
                   (Shahrol Azwan bin Abdullah)

                   Jawapan:
                   Sistem ini telah diperkenalkan oleh KPM pada penghujng tahun lepas. Sistem ini dalam kawalan
                   KPM, jika ibubapa/penjaga telah dibenarkan untuk mengakses sistem ini maka pihak sekolah akan
                   memaklumkannya nanti.













                                                             32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38