Page 34 - BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG SK TMN BUKIT SUBANG 2020
P. 34
KOKURIKULUM
BIL USUL /CADANGAN
33 Mohon supaya diadakan program yang sesuai bagi murid-murid yang tidak dipilih mewakili sekolah
dalam mana-mana acara sukan tetapi masih menjadi ahli persatuan, kerana didapati mereka
terbiar@diketepikan dan hanya sekadar datang untuk kehadiran sahaja. Harap tidak membuang masa
dan tenaga ibu bapa yang terkejar-kejar menghantar anak-anak mengikuti kokurikulum sekolah
semata-mata tanpa tujuan.
(Bahthiar Ibrahim Shah)
Jawapan:
Aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi setiap murid. Aktiviti bagi setiap unit tetap dijalankan semasa
kokurikulum mingguan dijalankan. Sukan elit hanya melibatkan murid yang tertentu dalam
jangkamasa terhad. Setiap penglibatan murid direkodkan dalaam PAJSK.
34 Memperkenalkan silat dalam aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar sekolah selain tekwando.
(Muhammad Shahril bin Rosli)
Jawapan:
Pihak sekolah sentiasa terbuka dengan pelbagai aktiviti tambahan lain yang memberkan manfaat
kepada murid tetapi perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.
35 More weekend activities for students, on sport related. Only few get selected to join the rest no
choices. Eg. Football
(Jeevajhothy Subramaniam)
Jawapan:
Pihak sekolah terbuka dengan pelbagai aktiviti sukan tambahan yang lain tetapi perlu mengikut
prosedur yang ditetapkan.
33

