Page 17 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 17
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
c) Guru dikehendaki mengisi maklumat cuti dalam Hrmis Online
d) Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas.
e) Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua dengan menggunakan borang
khas di pejabat.
4.2.2 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 14 hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Malaysia.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-
putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah
diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh
mula cuti.
4.4 Cuti Rehat Khas
4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/ 2017 Cuti Rehat Khas Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan di sekolah ialah sebanyak 10 hari setahun
berkuatkuasa 1 Januari 2018.
4.4.3 Bilangan hari Cuti Rehat Khas yang layak diambil oleh pegawai adalah
secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Sila
rujuk tujuan kelayakan cuti berdasarkan surat pekeliling 4.4.2
4.5 Cuti Ke Luar Negeri
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti melalui Pengetua dan
mendapat kelulusan dari PPD . Sila isikan borang permohonan yang ada di
pejabat selewat-lewatnya 40 hari sebelum tarikh bercuti.
4.6 Cuti Kuarantin
4.6.1 Pegawai yang boleh diberi kemudahan cuti kuarantin untuk menjag
anak sakit perlu dapat perakuan pegawai perubatan (kerajaan/ swasta)
yang menyatakan anak tersebut perlu di kuarantin
4.6.2 Anak adalah termasuk
a. Anak kandung
17

